Penerangan Yang Jelas Tentang Keharusan Hukum
Mentalqin Mayat
( Bersandarkan Hadith Nabi Dan Mazhab Empat )
Oleh: Abu Syafiq

Sesungguhnya hukum mentalqin mayat dengan kalimat tauhid “
La ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah ” ataupun dengan perkataan suci yang
lain adalah harus hukumnya dari segi syarak dan bersesuaian dengan ajaran agama
Nabi Muhammad.
Sememangnya tidak ada dalil dari nas Al-Quran mahupun nas Al-Hadith yang
mengharamkan amalan talqin kecuali mereka (antaranya Wahhabi) yang
mengharamkannya hanya bersandarkan ianya suatau bid’ah yang tidak dilakukan
oleh Rasul. Malangnya nas-nas hadith Nabi jelas bercanggah dengan apa yang
mereka dakwa.
Mari kita kupaskan secara ilmiah islamiah.
Hadith Nabi Mengharuskan Talqin
Apa yang didakwa mengenai pengharaman hukum talqin oleh
Wahhabi dan kuncu-kuncu mereka yang kerap membuat kacaubilau dalam masyarakat
umat islam adalah tidak berasas. Bahkan ianya bertujuan memperlaga-lagakan umat
islam yang melakukan amalan tersebut.
Kononnya ianya adalah satu bid’ah yang dah confirm Nabi tak
pernah buat dan tak pernah suruh orang lain buat dan bagi Wahhabi siapa buat
amalan talqin maka dia dah buat bid’ah dan akan masuk api neraka jahannam.
Benarkah dakwaan Wahhabi itu?
Mari kita singkap hadith Nabi Muhammad sendiri menyuruh
amalan talqin yang diriwayatkan oleh Imam At-Tobarony dalam Mu’jam Sighir dan
Mu’jam Kabir daripada Abi Umamah Al-Bahily berkata :
[إذا أنا مت فاصنعوا بي كما
أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا، أمرنا رسول الله صلى
الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من
إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل:
يا فلان ابن
فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعداً، ثم يقول: يا فلان ابن
فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة
أن لا إله إلا الله وأن محمداً عبده ورسوله وأنك رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً وبالقرءان إماماً فإن منكراً
ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول: انطلق بنا ما
يقعدنا عند من لُقّن حجته، قال [أي أبو أمامة]: فقال رجل: يا رسول الله فإن لم يُعرف أمه، قال:
ينسبه إلى أمه حواء، يا فلان ابن حواء” .
Yang bermaksud : “Apabila aku mati nanti, lakukan padaku
sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah agar dilakukan kepada mayat,
Rasulullah telah memerintah kita dengan sabda baginda: “ Apabila matinya
seorang daripada kalanganmu, maka tanahlah dan berdirilah seorang dikalangan
kamusemua pada bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak
si fulanah, orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian
katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan
anak fulanah maka dia berkata semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua
tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan
: Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan kedunia iaitu syahadah
tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hambaNya dan rasulNya dan
engkau telah meredhoi dengan allah sebagai tuhanmua dan islam itu agamamu dan
Muhammad itu nabimu dan al-quran itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir
akan mengambil tangannya lantas berkata Ayuh bersama kami bawakan kepada siapa
yang telah ditalqinkan hujahnya”
Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah Wahai Rasulullah!bagaimana sekiranya
tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah menjawab “Maka hendaklah dinasabkan
kepada ibu manusia iaitu Hawwa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawwa.”
Tamat hadith riwayat Imam Al-Hafiz Tobarony Dalam kitabnya Mu’jam Soghir Wal
Kabir.
Hadith yang mengharuskan talqin diatas telah disolehkan
sanadnya (ulama hadith menyatakan hadith itu boleh digunakan) oleh Imam
Muhaddith dari kalangan ulama hadith iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolany
dalam kitab beliau berjudul At-Talkhis Al-Habir sepertimana yang juga dibawah
Kitab Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 muksurat 243 :
وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه
Yang bermaksud : “ Sanad hadith ini adalah boleh digunakan
dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya dalam kitab Ahkam”.
Maka hadith Nabi Muhammad ini jelas mengharuskan amalan talqin
sepertimana jua para ulama salafussoleh berpegang dengan hukum mengenainya.
Tiada seorangpun ulama islam yang muktabar mengingkari
amalan talqin ini kecuali sebilangan kecil ajaran sesat dizaman kini yang
berhobi sangat dalam memecah belahkan umat islam dengan mendakwa amalan talqin
adalah satu bid’ah yang teramat buruk dan siapa melakukan talqin maka dia sesat
dan akan masuk neraka jahannam.
Soalan kutujukan pada si penentang amalan talqin :
1- Bagikan padaku ayat Al-Quran yang jelas mengharamkan dan membid’ahkan amalan
talqin?
2- Berikan padaku Hadith yang jelas dari Nabi Muhammad yang mengatakan amalan
talqin adalah haram atau bid’ah?
3- Sebutkan seorang sahaja ulama salafussoleh @ salafi hakiki ( ulama islam
yang hidup sebelum 300H )yang menyatakan amalan talqin adalah haram atau
bid’ah?
Saya menunggu jawapan soalan diatas dari Wahhabi dan
kuncu-kuncunya dari seluruh pelusuk dunia termasuk ulama-ulama Wahhabi dimana
sahaja kamu berada dan apa bahasapun yang kamu pakai.
Disini ingin kubawa buat teman-temanmengenai kata-kata
ulama islam ahli sunnah Wal Jamaah mengharuskan amalan talqin dari mazhab
Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan juga tidak lupa dari mazhab Hambali
yang mana sebahagian puak Wahhabi sering mendakwa mereka dari golongan Hambali.
Mazhab Islam Mengharuskan Talqin
Kenyataan Mazhab Al-Hanafi Mengharuskan Talqin
1-Berkata As-Syeikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi
dalam kitab beliau berjudul Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 mukasurat
125 menyatakan :
: “وأما تلقينه (أي الميت)
في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى يحييه في قبره”.
“Manakala hukum mentalqin mayat pada kubur adalah merupakan
syariat islam disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Allah ta’ala menghidupkannya
dalam kuburnya”.
Telah jelas bahawa dalam mazhab Hanafi amalan talqin adalah
diharuskan bahkan disyariatkan.
Adakah Wahhabi akan membid’ahkan serta mengkafirkan ulama
Hanafi kerana mengharuskan amalan talqin? Kenapa wahhabi benci sangat dengan
amalan talqin?
Apa kesalahan talqin terhadap kamu wahai wahhabi?
Mazhab Maliki Mengharuskan Amalan Talqin
1- Imam Al-Qurtuby Al-Maliky pengarang kitab tafsir
terkenal telah menulis satu bab yang khusus mengenai amalan talqin disisi
mazhab Maliki dalam kitab beliau berjudul At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal
Akhiroh pada mukasurat 138-139 :
باب ما جاء في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص
في لحده
Didalam bab itu juga Imam Qurtuby telah menjelaskan amalan
talqin dilakukan oleh para ulama islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.
Dalam mazhab Maliki juga bercanggah dengan mereka yang
mengharamkan amalan talqin.
Dimana anda wahai si pengharam tanpa dalil?!
Mazhab Syafi’e Mengharuskan Dan Mengalakkan Amalan
Talqin
1- Imam An-Nawawi As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau
berjudul Al-Majmuk pada jilid 5 mukasurat 303-304 :
قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه”
ثم قال: “ممن نص على استحبابه: القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي”
Yang bermaksud : “ Telah menyatakan oleh ramai para ulama
dari mazhab Syafi’e bahawa disunatkan talqin pada mayat ketika mengebumikannya”.
Kenyataan mazhab Syafi’e dari kitab yang sama :
“وسئل الشيخ أبو عمرو بن
الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به”
Imam Nawawi menyatakan : “ Telah ditanya kepada As-Syeikh
Abu Amru Bin As-Solah mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin
merupakan pilihan kita (mazhab Syafi’e) dan kami beramal dengannya”.
2- Imam Abu Qosim Ar-Rofi’e As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul
Fathul ‘Aziz Bi syarh Al-Wajiz tertera juga pada bawah kita Al-Majmuk oleh Imam
Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242 :
“ويستحب أن يُلقن الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد
الله بن أمة الله …” إلى اخره .
Yang bermaksud : Digalakkan dan disunatkan mentalqin mayat
selepas mengebumikannya dan dibaca : Wahai hamba Allah bin hamba Allah…(bacaan
talqin).
Di malaysia kita umat islam kebanyakannya berpegang dengan
mazhab Syafi’e. Kenapa anda buat fitnah ke tanah air kita wahai Wahhabi? Dengan
memecah belahkan umat islam mengunakan isu talqin. Sedangkan hukum talqin
adalah harus berdalilkan dari hadith Nabawi.
Mazhab Hambali Mengharuskan Talqin
1- Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan
hukum pengharusan talqin dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari’ mukasurat
104.
2- Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insof Fi Ma’rifatil Rojih Minal
Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan :
“فائدة يستحب تلقين الميت
بعد دفنه عند أكثر الأصحاب”
Yang bermaksud : “ Kenyataan yang penting : Disunatkan hukum talqin mayat
selepas mengkebumikannya disisi kebanyakan ulama ( selainnay hanya mengaruskan
sahaja).
Nah! Dimana pula kedudukan Wahhabi setelah hukum keharusan
talqin diperjelaskan berdasarkan hadith Nabi dan mazhab empat termasuk mazhab
Hambaly..?
Saudara sekalian..pilihlah..anda mahu mengikut ulama islam
yang muktabar yang mana mereka mempunyai hujjah dari nas ataupun mahu mengikut
Wahhabi yang mengatakan amalan talqin adalah bid’ah lagi haram sedangkan
wahhabi tak mempunyai satu dalilpun menyokong fatwa sesat mereka.
Wahhabi…! usah menentang amalan talqin..lebih elok kembali
ke pangkal jalan dan memerangi maksiat yang jelas lagi tersuluh diluar sana
termasuk memperbetulkan akidah mereka sendiri yang songsang iaitu ” Allah
Duduk”!
*Nasihat saya bagi pengamal talqin agar tidak menetapkan
atau meminta apa-apa bayaran dunia atas perbuatan yang diharuskan itu untuk
mengajar diri agar lebih ikhlas kepada Allah.
Posting Komentar